Monday, 20 April 2015

AIR....BERMACAM AIR..


                        


Kita tahu air penting untuk badan kita. Sama penting juga untuk kita tahu dari mana datangnya air yang kita minum setiap hari bak kata mat salleh " you are what you drink !". Antara punca / sumber air minuman kita :


Air paip

Sumber air utama kita. Air paip mengandungi klorin yang tinggi bertujuan membunuh bakteria dan mikro-organisma untuk membersihkan air. Klorin memang baik untuk membunuh kuman tetapi berbahaya kepada badan. Walaupun air paip yang dibekalkan telah melalui pelbagai proses rawatan dan penapisan, ia juga masih berisiko untuk terdedah kepada plumbum akibat daripada hakisan didalam sistem paip terutama sambungan paip yang sudah lama.


Air mineral

Sumber air mineral adalah dari mata air bawah tanah. Air mineral boleh berbeza rasa dan kandungan mineral bergantung kepada sumber mata air tersebut dan juga jenis batu-batan bawah tanah. Ia mengandungi pelbagai mineral semulajadi seperti magnesium, kalsium, florida, sodium dan sulfat. 


Air Reverse Osmosis

Air Reverse Osmosis / air suling adalah air tulen yang melalui berbagai proses saringan dan bertekanan tinggi untuk membuang kotoran dan bakteria. Mempunyai membrane yang sangat halus sehingga bakteria tidak dapat menembusinya. Walaupun ia mempunyai kandungan oksigen yang tinggi tetapi ia tidak mengandungi sebarang mineral. Biasa digunakan untuk mencuci peralatan makmal, senjata, peralatan hospital dan untuk proses dialisis sebab ianya hanyalah air semata. Air yang bertindak sebagai pelarut akan melarutkan apa saja dalam badan. Oleh kerana sifat air reverse osmosis yang kosong, ia ia bukan sahaja membuang bahan tidak perlu seperti sisa toksin malahan ia juga melarutkan dan membuang mineral yang perlu oleh badan sekaligus. 

  
Air Alkali


Air-air lain seperti air alkali yang didapati dari proses ionizer (proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkali seperti (sodium, potassium, magnesium dan calcium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0-10.6 pH. Mempunyai molekul yang halus dan dapat menembusi sel-sel badan untuk mengeluarkan sisa-siasa toksin dari badan. Contoh terbaik air alkali ialah Air Zam Zam yang bersifat alkali dan mengandungi banyak mineral.

                                 alahaiiii... sian nye meow ni...



                              Sumber air minuman anda?


No comments:

Post a Comment