Friday, 14 August 2015

BIO EVOLVE : CIRI-CIRI AIR SIHAT



Minum air yang bersih, sihat, bebas bahan kimia adalah asas kepada kesihatan. Walaubagaimanapun, seiring dengan peningkatan aktiviti manusia , menyebabkan persekitaran tercemar termasuk sumber air. Bagaimana nak tahu jika air itu selamat dan sihat untuk diminum? Dan jika tidak, apa yang perlu kita lakukan? Apakah definisi air sihat ? Maksud sihat adalah sangat subjektif tetakluk kepada pemahaman individu. Banyak faktor yang perlu diambilkira dalam memilih air yang terbaik untuk kegunaan kita. Pada pendapat saya, ciri-ciri asas air sihat adalah seperti berikut :

1. AIR SIHAT ADALAH AIR YANG BERSIH.

Air yang sihat bebas daripada sebarang bendasing atau kotoran yang memudaratkan seperti klorin, florida, ubat-ubatan farmaseutikal, logam (merkuri, plumbum, arsenik), bahan kimia, bakteria dan banyak lagi. Penapisan berperingkat diperlukan untuk memastikan semua bahan toksik yang tidak perlu dapat dikeluarkan. Tubuh badan memerlukan air bersih untuk mengangkut nutrien kepada sel dan kemudiannya mengangkut sisa sampingan tubuh ke sistem pembuangan. Air juga sangat penting bagi mengekalkan keseimbangan dan fungsi tubuh, contohnya untuk kulit , organ dalaman, sistem imun, penyingkiran bahan buangan dan lain-lain.

Agak sukar untuk mendapatkan air bersih pada masa ini disebabkan pencemaran sumber serta proses pengagihan yang merubah kualiti air. Justeru, penapis air diperlukan bagi mengembalikan kualiti air yang baik.

Elemen asas sesuatu penapis air sepatutnya mempunyai :

1.Penapis Mendapan                                                                 
   Menghilangkan lumpur, kotoran, sedimen
2.Penapis Berkarbon
   Menyingkirkan klorin dan bahan kimia
3.Penapis Membran
   Menyingkirkan bahan cemar kecil - bakteria, farmaseutikal, logam

Buat penapis air sendiri ?


2. KAYA SUMBER MINERAL

Air secara semulajadinya mempunyai mineral seperti kalsium, magnesium, natrium & kalium.

Pakar air Korea, Dr Mu Shik Jhon menulis di dalam bukunya bertajuk The Water Puzzle and the Hexagonal Key, bahawa air minuman yang terbaik mengandungi mineral-mineral penting yang seimbang. Beliau menyatakan, dari sudut biologi dan perubatan, air yang kosong mineral adalah air yang tidak sihat untuk diminum.

Mineral dalam air minuman adalah lebih mudah dan lebih baik diserap daripada mineral dari makanan. Arik Azoulay, Philippe Garzon dan Mark J Eisenberg di dalam artikel merka bertajuk Comparison of the Mineral Content of Tap Water and Bottled Waters menyatakan “ Air merupakan sumber pengambilan mineral yang baik kerana mineral didalam air yang berbentuk ionik adalah mudah diserap oleh perut dan usus”. Baca lanjut.

Malah, pakar air Jepun menganggap air yang tiada mineral sebagai “ air mati”, manakala air yang kaya mineral disebut sebagai " air hidup " .

Namun, sistem perpaipan dan pengagihan air beserta pencemaran sumber air mengurangkan kandungan mineral dalam air. Salah satu kebaikan sistem penapis air ialah ia dapat mengeluarkan bahan tidak perlu. Tetapi pada masa yang sama ia juga mengeluarkan mineral-mineral yang baik untuk tubuh. Minum air yang kosong mineral memberi kesan kepada kesihatan tulang dan gigi.


3. PH ALKALI SEIMBANG

Tahap alkali yang sihat memastikan kesihatan yang optimum. Tahap pH alkali yang sihat untuk dijadikan air minuman adalah di antara 7.5 dan 9.5 dan mengandungi mineral beralkali seperti kalsium dan magnesium. Air alkali membantu untuk meneutralkan asid yang disimpan dan membantu menghilangkan racun, melawan penyakit dan melambatkan proses penuaan.
Dalam keadaan badan yang tidak seimbang dan berasid, tubuh memerlukan air dengan ph 9.5 ke atas untuk mengimbangi kepekatan proton yang menyebabkan tubuh bergantung kepada lemak sebagai perlindungan. Baca apa kata para saintis dan doktor berkenaan air berlkali tinggi.


4. BAU, WARNA DAN RASA.


Faktor pencemaran sumber air, pemprosesan dan pengagihan ( sistem perpaipan ) air ke rumah boleh memberi kesan terhadap bau, warna dan rasa air. Air yang baik mempunyai rasa dan bau yang baik. Jika air rasa tidak sedap dan berbau sudah tentu kita akan berfikir 2 - 3 kali untuk minum bukan? Sedangkan, air sangat diperlukan untuk kita kekal terhidrat disamping mengoptimumkan kesihatan.


5. KELOMPOK AIR LEBIH KECIL ( NANO )

Air berkelompok kecil ialah molekul air yang dikecilkan ke saiz yang membolehkan ia diserap dengan mudah oleh badan dan menghidratkan sel-sel ( mineral - nutrien ke dalam sel dan pengeluaran toksin ). Kelompok air yang lebih kecil sepatutnya mempunyai tidak lebih daripada 5 atau 6 molekul setiap kelompok, ini membolehkan badan terhidrat 6 kali lebih daripada air biasa.

Seorang penyelidik jepun yang juga pakar kajian air kelompok kecil, Masaru Emoto, telah menemui kecacatan pada struktur kelompok kecil dan kristal air yang tercemar dan berklorin. Sebaliknya, air alkali tulen menghasilkan kelompok yang cantik, unik dan pelbagai. Penyelidikan beliau menemukan sesuatu yang luar biasa. Gambar tentang molekul air tulen tercemar dan alkali. Atau boleh baca buku beliau 'Messages from Water’.


6. ANTI-OKSIDA
Air yang terion menghasilkan –OH yang mengandungi kesan antioksidan yang tinggi kerana ia merupakan elemen yang terkecil dan mampu menyerap ke dalam tubuh lebih cepat. Ia mempunyai Potensi Pengurangan Pengoksidaan (ORP). Ia bertindak meneutralkan radikal bebas dalam badan dan melambatkan proses pengoksidaan badan ( proses penuaan ). Radikal bebas dihasilkan melalui hati dan ia mempunyai fungsi tertentu. Namun radikal bebas yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit seperti kanser. Air mesti mempunyai ORP Negatif dari -1mV atau lebih untuk mengekalkan keseimbangan. Untuk mendapatkan kembali kesihatan dan mengawal berat badan, air perlu mempunyai sekurang-kurangnya -250mV. ORP Negatif ini menyediakan elektron yang mencukupi untuk meneutralkan asid berlebihan yang dihasilkan melalui proses penghadaman, pernafasan, metabolisme dan kerosakan sel. Proses-proses ini menyebabkan kenaikan berat badan kerana asid tidak dapat dihalang dan dihapuskan.


Air bersih dan tulen adalah asas kepada kesihatan yang baik. Badan kita sebahagian besarnya adalah air, justeru pengambilan air secara berterusan adalah penting untuk fungsi tubuh badan. Buatlah pilihan anda.

No comments:

Post a Comment