Bio Evolve TM Water Purification System merupakan penapis air hasil gabungan Teknologi Nano Termaju dan Blok Karbon Inovatif Ultra Padat di dalam sistem penulenan yang mampat, ringan dan berpenampilan menarik.
Bio-Evolve : Sistem penapisan 4 fasa.
Pra-Penapis A : Seramik
Seramik padat dengan taburan pori yang bersaiz kurang daripada 0.9 mikron memastikan semua bendasing seperti karat, keladak pasir dan bakteria ditapis sempurna bagi mencapai penulenan air sehingga 99.999%.
Penapis B : Pengubah Bertenaga
Bebola Bio
Karbon Teraktif
KDF
Bebola Bio memecahkan struktur molekul air menjadi molekul yang lebih kecil supaya air tersebut lebih mudah diserap oleh badan di samping meningkatkan kadar metabolisme. Selain itu, ia menambahkan keupayaan air untuk mengandungi lebih banyak oksigen di dalam badan.
Ia mengandungi spektrum sinaran tenaga yang luas yang mengawal, mengaktif dan menyeimbangkan fungsi cecair badan. Air bertenaga tinggi dapat menggalakkan keaktifan dan kelancaran pergerakan sel-sel badan.
Karbon Teraktif menyahkan klorin, warna dan bau yang kurang menyenangkan.
KDF menyingkirkan logam berat seperti plumbum, tembaga dan kadmium.
Penapis C : Penapis Pengubah Berion
• Bebola Ion
• Bebola Nano
• Bebola Bio
Dengan menggunakan Teknologi Pengubahan Berion, gabungan Bebola Ion, Bebola Nano dan Bebola Bio dapat meningkatkan dan menstabilkan tenaga di dalam air supaya kelompok molekul air kekal berada pada saiz terkecil untuk jangka masa yang panjang.
Selain itu, ia meningkatkan tenaga ke paras yang lebih tinggi di samping memastikan air bersifat alkali untuk kebaikan kesihatan manusia. Ia membantu menggalakkan kadar metabolisme dan mengaktifkan sel untuk meningkatkan sistem imunisasi serta fungsi detoksifikasi.
Penapis D : Blok Karbon Inovatif Hebat Ultra Padat
Teknologi Proses Haba yang unik menghasilkan ribuan pori halus pada blok karbon yang mengoptimumkan penyerapan bahan pencemar seperti bahan kimia berbahaya, peluntur dan warna tetapi membenarkan mineral penting melepasi blok karbon seperti kalsium, magnesium dan florida yang menentang kerosakan gigi supaya kekal berada di dalam air.
Kelebihan Bio-Evolve
• Pembersihan dan penulenan hebat menghasilkan "air hidup" yang bertenaga.
• Menyingkirkan klorin, bahan kimia, benda asing, logam berat disamping
mengekalkan mineral berkhasiat yang perlu oleh tubuh.
• Air bersifat alkali untuk kesihatan optimum.
• Memecahkah molekul air menjadi halus, mudah di serap oleh tubuh dan
penghidratan.
• Kos penyelenggaraan yang rendah.
• Pemasangan dan penyelengaraan sendiri (D-I-Y ) dan mudah.
• Menerima pelbagai penganugerahan dan pensijilan antarabangsa.
• Penjimatan tenaga. Tidak menggunakan elektrik.
• Jangka hayat lama.
YANG MANA SATU…..PILIHAN KALBU ?
No comments:
Post a Comment