Air terawat disalirkan kepada pengguna melalui saluran paip yang pelbagai jenis dan usia. Kebanyakan saluran paip di Malaysia adalah daripada besi dan ada yang telah lama digunakan. Sifat besi mudah berkarat. Besi akan bertindakbalas dengan klorin yang terdapat dalam air minuman dan membentuk karat atau enapan yang akan menyumbat besi bekenaan. Karat juga akan menjadikan struktur paip ini menjadi lemah dan boleh menyebabkan kebocoran. Ini menyebabkan air yang diterima oleh pengguna kadangkala tidak jernih, keruh, rasa kurang enak dan berbau. Air boleh bertukar warna bukan hanya disebabkan oleh karat, kebocoran dan mangan iaitu logam yang wujud semula jadi di dalam tanah dan kawasan tadahan air boleh masuk ke dalam sistem perpaipan. Sekiranya kuantiti mangan masuk berlebihan ( lebih dari 0.1 mikrometer ) maka ia akan mengeluarkan warna.
Air yang keluar dari paip rumah kita itu mungkin kelihatan bersih dan jernih. Tapi adakah ianya selamat untuk diminum? Sebenarnya, bahan kimia seperti racun perosak, logam berat dan bahan cemar industri mungkin terdapat dalam air minum kita.
Di sinilah sebab mengapa perlunya setiap rumah mempunyai penapis air. Ianya bukan sekadar kehendak atau lambang kemewahan…. ia lebih kepada keperluan. Penapis air dapat menyingkirkan rasa payau pada air dan juga untuk menyahkan warna atau bendasing yang ada di dalam bekalan air disamping meningkatkan kualiti air tersebut.
Jenis-jenis penapis air.
Terdapat berbagai jenis alat penapis air di dalam pasaran. Namun secara asasnya sistem penapis air dirumah terbahagi kepada dua kategori iaitu :
1) punca tempat air masuk.
merawat semua air yang disalur masuk dan yang digunakan di rumah.
2) punca tempat air diguna.
merawat sebahagian air daripada sistem pengaliran air rumah seperti penapis air yang selalunya hanya menggunakan satu kepala paip. Air ini biasanya hanya digunakan untuk minuman dan masakan.
Kaji selidik penggunaan penapis air di rumah.
Kaji selidik Kualiti Air Pengguna Peringkat Kebangsaan Januari 1999 menunjukkan bahawa 38% orang dewasa dilaporkan menggunakan alat penapis air di rumah, iaitu peningkatan sebanyak sepuluh peratus sejak tahun 1995. Empat puluh tujuh peratus (47%) responden menyatakan bahawa mereka akan lebih berminat untuk membeli rumah yang telah dilengkapi oleh alat penapis air jika mereka berkeinginan untuk memiliki rumah baru.
Di Pahang, kajian di kalangan isi rumah menunjukkan bahawa hampir separuh daripada mereka mempunyai satu atau lebih alat penapis air di rumah masing-masing. Namun, 44% yang belum mengguna alat penapis air, bercadang untuk memilikinya. Kajian yang dijalankan di Johor pula menunjukkan hampir sepertiga (34%) daripada anggota pergigian menggunakan alat penapis air di rumah, dari jenis penapis air yang menggunakan sistem karbon teraktif .
Di Malaysia, 76% penduduk kini telah menerima bekalan air awam berfluorida. Banyak kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa alat penapis air yang menggunakan sistem osmosis berbalik (reverse osmosis) atau sistem penyulingan akan memberi kesan dalam menurunkan atau menyingkirkan semua kandungan fluorida dan mineral-mineral lain di dalam air minuman. Namun begitu, kebanyakan sistem penapis air dengan sistem karbon teraktif tidak memberi kesan ke atas kandungan fluorida di dalam bekalan air. Oleh sebab itu, sekiranya kandungan fluorida di dalam bekalan air tidak mencapai paras optimum yang diperlukan, disebabkan oleh penggunaan sistem air penapis di rumah.
Sumber : www.myhealth.gov.my
No comments:
Post a Comment