Tuesday, 18 August 2015

BIO EVOLVE : PROMOSI ISTIMEWA


PELUANG ANDA UNTUK MEMILIKI PENAPIS AIR TERHANGAT DI PASARAN PADA  
HARGA ISTIMEWA!*

PERCUMA

1) KOS PENGHANTARAN


2 )KOS PEMASANGAN 

 
@
BOLEH D-I-Y
RINGKAS DAN MUDAH DIPASANG




* PROMOSI DARI OGOS - OKTOBER 2015
   UNTUK PEMBELIAN TUNAI
   SELAGI STOK MASIH ADA

Friday, 14 August 2015

BIO EVOLVE : CIRI-CIRI AIR SIHAT



Minum air yang bersih, sihat, bebas bahan kimia adalah asas kepada kesihatan. Walaubagaimanapun, seiring dengan peningkatan aktiviti manusia , menyebabkan persekitaran tercemar termasuk sumber air. Bagaimana nak tahu jika air itu selamat dan sihat untuk diminum? Dan jika tidak, apa yang perlu kita lakukan? Apakah definisi air sihat ? Maksud sihat adalah sangat subjektif tetakluk kepada pemahaman individu. Banyak faktor yang perlu diambilkira dalam memilih air yang terbaik untuk kegunaan kita. Pada pendapat saya, ciri-ciri asas air sihat adalah seperti berikut :

1. AIR SIHAT ADALAH AIR YANG BERSIH.

Air yang sihat bebas daripada sebarang bendasing atau kotoran yang memudaratkan seperti klorin, florida, ubat-ubatan farmaseutikal, logam (merkuri, plumbum, arsenik), bahan kimia, bakteria dan banyak lagi. Penapisan berperingkat diperlukan untuk memastikan semua bahan toksik yang tidak perlu dapat dikeluarkan. Tubuh badan memerlukan air bersih untuk mengangkut nutrien kepada sel dan kemudiannya mengangkut sisa sampingan tubuh ke sistem pembuangan. Air juga sangat penting bagi mengekalkan keseimbangan dan fungsi tubuh, contohnya untuk kulit , organ dalaman, sistem imun, penyingkiran bahan buangan dan lain-lain.

Agak sukar untuk mendapatkan air bersih pada masa ini disebabkan pencemaran sumber serta proses pengagihan yang merubah kualiti air. Justeru, penapis air diperlukan bagi mengembalikan kualiti air yang baik.

Elemen asas sesuatu penapis air sepatutnya mempunyai :

1.Penapis Mendapan                                                                 
   Menghilangkan lumpur, kotoran, sedimen
2.Penapis Berkarbon
   Menyingkirkan klorin dan bahan kimia
3.Penapis Membran
   Menyingkirkan bahan cemar kecil - bakteria, farmaseutikal, logam

Buat penapis air sendiri ?


2. KAYA SUMBER MINERAL

Air secara semulajadinya mempunyai mineral seperti kalsium, magnesium, natrium & kalium.

Pakar air Korea, Dr Mu Shik Jhon menulis di dalam bukunya bertajuk The Water Puzzle and the Hexagonal Key, bahawa air minuman yang terbaik mengandungi mineral-mineral penting yang seimbang. Beliau menyatakan, dari sudut biologi dan perubatan, air yang kosong mineral adalah air yang tidak sihat untuk diminum.

Mineral dalam air minuman adalah lebih mudah dan lebih baik diserap daripada mineral dari makanan. Arik Azoulay, Philippe Garzon dan Mark J Eisenberg di dalam artikel merka bertajuk Comparison of the Mineral Content of Tap Water and Bottled Waters menyatakan “ Air merupakan sumber pengambilan mineral yang baik kerana mineral didalam air yang berbentuk ionik adalah mudah diserap oleh perut dan usus”. Baca lanjut.

Malah, pakar air Jepun menganggap air yang tiada mineral sebagai “ air mati”, manakala air yang kaya mineral disebut sebagai " air hidup " .

Namun, sistem perpaipan dan pengagihan air beserta pencemaran sumber air mengurangkan kandungan mineral dalam air. Salah satu kebaikan sistem penapis air ialah ia dapat mengeluarkan bahan tidak perlu. Tetapi pada masa yang sama ia juga mengeluarkan mineral-mineral yang baik untuk tubuh. Minum air yang kosong mineral memberi kesan kepada kesihatan tulang dan gigi.


3. PH ALKALI SEIMBANG

Tahap alkali yang sihat memastikan kesihatan yang optimum. Tahap pH alkali yang sihat untuk dijadikan air minuman adalah di antara 7.5 dan 9.5 dan mengandungi mineral beralkali seperti kalsium dan magnesium. Air alkali membantu untuk meneutralkan asid yang disimpan dan membantu menghilangkan racun, melawan penyakit dan melambatkan proses penuaan.
Dalam keadaan badan yang tidak seimbang dan berasid, tubuh memerlukan air dengan ph 9.5 ke atas untuk mengimbangi kepekatan proton yang menyebabkan tubuh bergantung kepada lemak sebagai perlindungan. Baca apa kata para saintis dan doktor berkenaan air berlkali tinggi.


4. BAU, WARNA DAN RASA.


Faktor pencemaran sumber air, pemprosesan dan pengagihan ( sistem perpaipan ) air ke rumah boleh memberi kesan terhadap bau, warna dan rasa air. Air yang baik mempunyai rasa dan bau yang baik. Jika air rasa tidak sedap dan berbau sudah tentu kita akan berfikir 2 - 3 kali untuk minum bukan? Sedangkan, air sangat diperlukan untuk kita kekal terhidrat disamping mengoptimumkan kesihatan.


5. KELOMPOK AIR LEBIH KECIL ( NANO )

Air berkelompok kecil ialah molekul air yang dikecilkan ke saiz yang membolehkan ia diserap dengan mudah oleh badan dan menghidratkan sel-sel ( mineral - nutrien ke dalam sel dan pengeluaran toksin ). Kelompok air yang lebih kecil sepatutnya mempunyai tidak lebih daripada 5 atau 6 molekul setiap kelompok, ini membolehkan badan terhidrat 6 kali lebih daripada air biasa.

Seorang penyelidik jepun yang juga pakar kajian air kelompok kecil, Masaru Emoto, telah menemui kecacatan pada struktur kelompok kecil dan kristal air yang tercemar dan berklorin. Sebaliknya, air alkali tulen menghasilkan kelompok yang cantik, unik dan pelbagai. Penyelidikan beliau menemukan sesuatu yang luar biasa. Gambar tentang molekul air tulen tercemar dan alkali. Atau boleh baca buku beliau 'Messages from Water’.


6. ANTI-OKSIDA
Air yang terion menghasilkan –OH yang mengandungi kesan antioksidan yang tinggi kerana ia merupakan elemen yang terkecil dan mampu menyerap ke dalam tubuh lebih cepat. Ia mempunyai Potensi Pengurangan Pengoksidaan (ORP). Ia bertindak meneutralkan radikal bebas dalam badan dan melambatkan proses pengoksidaan badan ( proses penuaan ). Radikal bebas dihasilkan melalui hati dan ia mempunyai fungsi tertentu. Namun radikal bebas yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit seperti kanser. Air mesti mempunyai ORP Negatif dari -1mV atau lebih untuk mengekalkan keseimbangan. Untuk mendapatkan kembali kesihatan dan mengawal berat badan, air perlu mempunyai sekurang-kurangnya -250mV. ORP Negatif ini menyediakan elektron yang mencukupi untuk meneutralkan asid berlebihan yang dihasilkan melalui proses penghadaman, pernafasan, metabolisme dan kerosakan sel. Proses-proses ini menyebabkan kenaikan berat badan kerana asid tidak dapat dihalang dan dihapuskan.


Air bersih dan tulen adalah asas kepada kesihatan yang baik. Badan kita sebahagian besarnya adalah air, justeru pengambilan air secara berterusan adalah penting untuk fungsi tubuh badan. Buatlah pilihan anda.

Tuesday, 14 July 2015

BIO VELOCITY SLEEP MATE : TUBUH ELEKTRIK

Antara fungsi BIO VELOCITY SLEEP MATE ialah ia membantu membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya disamping menguatkan gelombang positif untuk membentuk aura yang sihat.

Satu perkongsian dalam akhbar yang saya pasti ramai mengalaminya termasuk saya sendiri !






ELEKTRIK DALAM TUBUH

RENJATAN elektrik juga boleh dirasakan penghidap penyakit tulang belakang cakera prolaps ketika tubuh berada dalam kedudukan tertentu. 

SUFFIAN BAKHTIAR memang terkenal dengan sifat periang dan penuh kejutan oleh rakan-rakannya. Tetapi akhir-akhir ini Suffian, 42, menyedari yang dia memang benar-benar boleh mengejutkan rakannya iaitu dengan kejutan elektrik!

Bukan sekali dua dan bukan seorang dua yang pernah mengadu mereka disengat elektrik ringan kala tersentuh lengannya. Ia dapat dilihat apabila rakannya serta-merta menarik tangan mereka.

Adakalanya Suffian turut merasai renjatan itu apabila rakannya menyentuhnya. Dia juga mengakui pernah mengalami kejutan elektrik apabila menyentuh objek besi di pejabatnya.

Sungguhpun tidak terjadi setiap kali bersentuhan, Suffian mula bimbang apabila anak perempuannya mengadu adakalanya ‘sakit’ saat tersentuh tangannya.

Suffian terfikir apakah yang tidak kena pada dirinya? Adakah ia berbahaya jika dibiarkan?

Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf (Neurosurgeri), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Azmi Alias berkata, memang terdapat sistem elektrik di dalam tubuh manusia. Bahkan, jelasnya, tubuh manusia merupakan sistem elektrik paling canggih dan kompleks berbanding semua perkakasan elektronik di dunia. 

Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila rangsangan diberikan.

Cas

Asasnya, sistem saraf terbentuk daripada neuron-neuron.

Saraf diselaputi membran dan pada dalam serta luar saraf terdapat cecair yang mengandungi bahan bercas. Mineral dalam tubuh, potasium dan sodium misalnya membawa cas positif dan kolorida membawa cas negatif. 

“Dalam keadaan normal, cas lebih negatif terdapat di dalam saraf berbanding di luar saraf. Apabila berlaku rangsangan, keseimbangan itu berubah dan cas positif memasuki ke dalam saraf. Daripada reseptor ia dibawa ke otak melalui saraf tunjang dan saraf periferi,” katanya ketika ditemui Jurnal di HKL baru-baru ini.

Berbalik kepada masalah Suffian tadi, Azmi berkata, tubuh manusia merupakan konduktor elektrik dan boleh menjana tenaga elektrik namun pada jumlah voltan yang terlalu kecil. 

Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu mencetuskan renjatan yang besar seperti barangan elektrik.

“Apabila seorang manusia menyentuh manusia yang lain, manusia yang mempunyai banyak cas negatif akan melantunkan cas negatifnya sekali gus mencetuskan renjatan kecil kepada manusia yang mempunyai cas pada bilangan normal atau kurang negatif.

“Begitu juga jika manusia yang mengumpul banyak cas negatif itu menyentuh objek bukan elektrik yang neutral atau positif seperti besi, dia juga boleh mendapat renjatan elektrik.

“Namun, ini sebenarnya fenomena biasa dan bukannya penyakit. Ia bukan satu kuasa atau ciri seorang adiwira. Ia sebenarnya satu situasi yang berlaku dengan bantuan persekitaran dan tabiat manusia itu sendiri,” ujarnya.

Tabiat dan suhu

Jelasnya, seseorang manusia itu dapat mengumpul lebih banyak cas negatif menerusi tabiatnya seperti gemar melakukan gesekan sama ada ketika berjalan atau duduk.

“Kulit tubuh yang bergesel dengan permukaan seperti kapas boleh menyebabkan cas negatif lebih banyak diperolehi. Ini kerana kulit manusia boleh menghasilkan tindak balas kulit galvanic apabila berlaku aruhan elektrik statik kerana tindakan seperti geselan.

MANUSIA yang memiliki cas negatif berlebihan boleh mencetuskan renjatan elektrik kepada manusia lain ketika bersentuhan. 

“Begitu juga tabiat berjalan secara bergesek atau duduk sambil menggosok kaki atau kasut di atas permaidani yang diperbuat daripada kapas,” ujarnya.

“Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan,” katanya.

Ditanya mengapa kejadian itu banyak melibatkan kawasan lengan, Azmi berkata, ia mungkin disebabkan di kawasan siku terdapat saraf ulna yang bersifat superfisial kerana tidak terlindung oleh apa-apa otot.

Namun, jelas Azmi, bukanlah bermakna semua renjatan elektrik yang berlaku dalam tubuh badan manusia ialah normal atau bukan penyakit. Terdapat beberapa kondisi penyakit yang juga mampu mencetuskan renjatan seperti elektrik.

Penyakit

Pertama ialah sindrom carpal tunnel yang berlaku apabila berlaku tekanan pada saraf median di pergelangan tangan apabila laluan cas terganggu disebabkan pembesaran tisu. Ia boleh berlaku misalnya ketika seseorang wanita itu mengandung.

“Apabila berlaku keadaan ini, pesakit perlu ke hospital untuk melakukan ujian konduksi saraf di hospital. Jika perlu, pembedahan akan dilakukan.

Penyakit kedua ialah sakit tulang belakang cakera prolaps yang mana ceper tulang belakang yang terkeluar menekan saraf tunjang. Ia boleh menghasilkan renjatan elektrik yang dinamakan radiculopathy pada kedudukan badan tertentu.

“Dalam hal ini, renjatan elektrik biasanya berlaku apabila ceper tulang yang terkeluar menghala ke arah tepi. Jika terkeluar ke belakang atau ke dalam saraf tunjang ia boleh menyebabkan kebas dan lumpuh,” katanya. Jelas beliau, kondisi pergerakan ceper tulang ke tepi masih boleh dirawat dengan ubat.

Selain itu, penyakit yang boleh menyebabkan renjatan elektrik juga ialah trigeminal neuralgia yang disebabkan tekanan pada saraf trigeminal di otak. Ia menyebabkan wajah dirasakan seperti terkena panas atau renjatan elektrik apabila disentuh angin.

Penyakit sawan juga disifatkan sebagai penyakit elektrik kerana ia berlaku disebabkan gangguan pada saraf dalam otak dan mencetuskan reaksi seperti terkena renjatan elektrik.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp y=2010&dt=0606&pub=Kosmo &sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm#ixzz3fpGpnKaI
Hakcipta terpelihara


Alhamdulillah, sejak ber ‘BVSM’, kurang sikit rasa electric / static shock. Kalau dulu, tak pasal-pasal je boleh terenjat…kebas-kebas jari jemari dan kulit. Orang kata kalau nak kurangkan terenjat, kene buat grounding...go back to basic. Tak pun guna konduktor, caranya pegang ape2 konduktor dan sambungkan konduktor tu ke bumi...hmm.. Dah satu hal pulak nak usung konduktor ke hulu hilir. Sanggup?





Tuesday, 7 July 2015

ALAHAI SAKIT BELAKANG...




SAKIT BELAKANG 

Sakit belakang merupakan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.

Dianggarkan 80 peratus orang pernah mengalami sakit belakang, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ia menyebabkan ketidakupayaan untuk bekerja dan mengganggu aktiviti harian. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu yang membolehkan kita membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan.


APA PUNCANYA ?

Terdapat banyak sebab-sebab sakit belakang yang berkemungkinan disebabkan oleh:

1. Kecederaan Otot dan tulang

         Otot tergeliat
         Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan
         Otot letih
         Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah
         Pecah tulang belakang
         Tulang yang cacat
         Kanser tulang

2. Tabiat dan gaya hidup


       • Postur (kedudukan) badan yang tidak betul. 
       • Melakukan aktiviti di luar kebiasaan
       • Mengamalkan gaya hidup tidak aktif.     
       • Terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan sakit
         belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita
         bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa.
       • Duduk terlalu lama boleh menyebabkan sakit belakang
         kerana duduk akan memberi tekanan paling tinggi kepada
         bahagian bawah tulang belakang.
       • Obesiti
       • Merokok.  
       • Posisi tidur yang tidak betul
       • Gemar membongkok
       • Berdiri terlalu lama
       • Membawa barang yang beratnya tidak seimbang
       • Memakai kasut bertumit tinggi.

3. Disebabkan penyakit seperti :

         Penyakit Radang Pelvik (Pelvic Inflammatory Disease, PID).
         Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis.
         Penyakit batu karang.

4. Lain-lain 

         Psikologi  - berkaitan dengan stres.


BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR?

Bila mula rasa simptom-simptom begini, segeralah berjumpa doktor :

  1. Rasa kebas di bahagian punggung, kaki, peha dan kaki.
  2. Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya.
  3. Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki.
  4. Rasa sakit yang menusuk.
  5. Pergerakan terbatas.
  6. Mengalami gejala seperti :- 
                  Demam
                  Sakit di bahagian perut    
                  Rasa sakit semasa membuang air kecil atau air besar
                  Kegagalan mengawal kencing      
                  Sakit kepala
                  Sakit ketika batuk
                  Kaki terasa lemah


BAGAIMANA NAK MENCEGAH ?

Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika 
   duduk, berdiri dan mengangkat berat.
Berehat untuk meregangkan belakang badan dan 
   elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang 
   membebankan untuk jangka waktu yang lama.
Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan.
Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti 
   Pap Smear untuk mengesan Kanser Pangkal Rahim.
Kekalkan berat badan unggul.
Sekiranya telah menopos, dapatkan kalsium dan 
   zat yang cukup untuk mencegah osteoporosis.
Kekalkan cara hidup sihat.
•  Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan 
   masalah berlebihan berat badan.
Berhenti merokok. Asap rokok akan mengurangkan aliran 
   darah ke bahagian bawah tulang belakang dan menyebabkan 
   cakera lebih mudah mengalami kemerosotan.
Melabur sedikit untuk tilam yang berkualiti. 
Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan 
   sakit belakang. 
Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan 
   kedudukan susuk badan.
Jika memandu, berhenti dan berehat seketika 
   atau keluar dari kereta setiap 90 minit. 
Bagi wanita, elakkan memakai kasut bertumit tinggi. 
Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat 
   mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus 
   ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa. 












Friday, 3 July 2015

BIO EVOLVE : PENAPIS AIR SUPERB



Bio Evolve TM Water Purification System merupakan penapis air hasil gabungan Teknologi Nano Termaju dan Blok Karbon Inovatif Ultra Padat di dalam sistem penulenan yang mampat, ringan dan berpenampilan menarik.

Bio-Evolve : Sistem penapisan 4 fasa.
Bio-Evolve direka dengan sistem penapisan 4 fasa yang inovatif. Setiap penapis direka untuk melakukan proses penapisan yang khusus bagi menghasilkan air yang tulen, bersih dan selamat untuk kegunaan manusia agar menikmati air berkualiti tinggi!

 Pra-Penapis A : Seramik
Seramik padat dengan taburan pori yang bersaiz kurang daripada 0.9 mikron memastikan semua bendasing seperti karat, keladak pasir dan bakteria ditapis sempurna bagi mencapai penulenan air sehingga 99.999%.

Penapis B : Pengubah Bertenaga

Bebola Bio
Karbon Teraktif
KDF
Bebola Bio memecahkan struktur molekul air menjadi molekul yang lebih kecil supaya air tersebut lebih mudah diserap oleh badan di samping meningkatkan kadar metabolisme. Selain itu, ia menambahkan keupayaan air untuk mengandungi lebih banyak oksigen di dalam badan.
Ia mengandungi spektrum sinaran tenaga yang luas yang mengawal, mengaktif dan menyeimbangkan fungsi cecair badan. Air bertenaga tinggi dapat menggalakkan keaktifan dan kelancaran pergerakan sel-sel badan.

Karbon Teraktif menyahkan klorin, warna dan bau yang kurang menyenangkan.
KDF menyingkirkan logam berat seperti plumbum, tembaga dan kadmium.

Penapis C : Penapis Pengubah Berion

Bebola Ion
Bebola Nano
Bebola Bio
Dengan menggunakan Teknologi Pengubahan Berion, gabungan Bebola Ion, Bebola Nano dan Bebola Bio dapat meningkatkan dan menstabilkan tenaga di dalam air supaya kelompok molekul air kekal berada pada saiz terkecil untuk jangka masa yang panjang.
Selain itu, ia meningkatkan tenaga ke paras yang lebih tinggi di samping memastikan air bersifat alkali untuk kebaikan kesihatan manusia. Ia membantu menggalakkan kadar metabolisme dan mengaktifkan sel untuk meningkatkan sistem imunisasi serta fungsi detoksifikasi.

Penapis D : Blok Karbon Inovatif Hebat Ultra Padat

Teknologi Proses Haba yang unik menghasilkan ribuan pori halus pada blok karbon yang mengoptimumkan penyerapan bahan pencemar seperti bahan kimia berbahaya, peluntur dan warna tetapi membenarkan mineral penting melepasi blok karbon seperti kalsium, magnesium dan florida yang menentang kerosakan gigi supaya kekal berada di dalam air.

Kelebihan Bio-Evolve

Pembersihan dan penulenan hebat menghasilkan "air hidup" yang bertenaga.
Menyingkirkan klorin, bahan kimia, benda asing, logam berat disamping
        mengekalkan mineral berkhasiat yang perlu oleh tubuh.
Air bersifat alkali untuk kesihatan optimum.
Memecahkah molekul air menjadi halus, mudah di serap oleh tubuh dan
        penghidratan.
Kos penyelenggaraan yang rendah.
Pemasangan dan penyelengaraan sendiri (D-I-Y ) dan mudah.
Menerima pelbagai penganugerahan dan pensijilan antarabangsa.
Penjimatan tenaga. Tidak menggunakan elektrik.
Jangka hayat lama.


YANG MANA SATU…..PILIHAN KALBU ?

Thursday, 2 July 2015

BIO EVOLVE : PENAPIS AIR...KEPERLUAN ATAU KEHENDAK?


Air terawat disalirkan kepada pengguna melalui saluran paip yang pelbagai jenis dan usia. Kebanyakan saluran paip di Malaysia adalah daripada besi dan ada yang telah lama digunakan. Sifat besi mudah berkarat. Besi akan bertindakbalas dengan klorin yang terdapat dalam air minuman dan membentuk karat atau enapan yang akan menyumbat besi bekenaan. Karat juga akan menjadikan struktur paip ini menjadi lemah dan boleh menyebabkan kebocoran. Ini menyebabkan air yang diterima oleh pengguna kadangkala tidak jernih, keruh, rasa kurang enak dan berbau. Air boleh bertukar warna bukan hanya disebabkan oleh karat, kebocoran dan mangan iaitu logam yang wujud semula jadi di dalam tanah dan kawasan tadahan air boleh masuk ke dalam sistem perpaipan. Sekiranya kuantiti mangan masuk berlebihan  ( lebih dari 0.1 mikrometer ) maka ia akan mengeluarkan warna.

Air yang keluar dari paip rumah kita itu mungkin kelihatan bersih dan jernih. Tapi adakah ianya selamat untuk diminum? Sebenarnya, bahan kimia seperti racun perosak, logam berat dan bahan cemar industri mungkin terdapat dalam air minum kita.

Di sinilah sebab mengapa perlunya setiap rumah mempunyai penapis air. Ianya bukan sekadar kehendak atau lambang kemewahan…. ia lebih kepada keperluan. Penapis air dapat menyingkirkan rasa payau pada air dan juga untuk menyahkan warna atau bendasing yang ada di dalam bekalan air disamping meningkatkan kualiti air tersebut.

Jenis-jenis penapis air.
Terdapat berbagai jenis alat penapis air di dalam pasaran. Namun secara asasnya sistem penapis air dirumah terbahagi kepada dua kategori iaitu :

1) punca tempat air masuk.
merawat semua air yang disalur masuk dan yang digunakan di rumah.

2) punca tempat air diguna.
merawat sebahagian air daripada sistem pengaliran air rumah seperti penapis air yang selalunya hanya menggunakan satu kepala paip. Air ini biasanya hanya digunakan untuk minuman dan masakan.

Kaji selidik penggunaan penapis air di rumah.

Kaji selidik Kualiti Air Pengguna Peringkat Kebangsaan Januari 1999 menunjukkan bahawa 38% orang dewasa dilaporkan menggunakan alat penapis air di rumah, iaitu peningkatan sebanyak sepuluh peratus sejak tahun 1995. Empat puluh tujuh peratus (47%) responden menyatakan bahawa mereka akan lebih berminat untuk membeli rumah yang telah dilengkapi oleh alat penapis air jika mereka berkeinginan untuk memiliki rumah baru.

Di Pahang, kajian di kalangan isi rumah menunjukkan bahawa hampir separuh daripada mereka mempunyai satu atau lebih alat penapis air di rumah masing-masing. Namun, 44% yang belum mengguna alat penapis air, bercadang untuk memilikinya. Kajian yang dijalankan di Johor pula menunjukkan hampir sepertiga (34%) daripada anggota pergigian menggunakan alat penapis air di rumah, dari jenis penapis air yang menggunakan sistem karbon teraktif .

Di Malaysia, 76% penduduk kini telah menerima bekalan air awam berfluorida. Banyak kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa alat penapis air yang menggunakan sistem osmosis berbalik (reverse osmosis) atau sistem penyulingan akan memberi kesan dalam menurunkan atau menyingkirkan semua kandungan fluorida dan mineral-mineral lain di dalam air minuman. Namun begitu, kebanyakan sistem penapis air dengan sistem karbon teraktif tidak memberi kesan ke atas kandungan fluorida di dalam bekalan air. Oleh sebab itu, sekiranya kandungan fluorida di dalam bekalan air tidak mencapai paras optimum yang diperlukan, disebabkan oleh penggunaan sistem air penapis di rumah.
Sumber : www.myhealth.gov.my

Penapis air…keperluan atau tidak? Anda yang tentukan !

Wednesday, 1 July 2015

AIR BERSIH. AIR SELAMAT.



Air merupakan salah satu elemen penting yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia dan hidupan lain. Perkembangan tamadun dan peradaban dunia juga berhubung rapat dengan air. Ia bukan sahaja penting sebagai sumber minuman dan makanan bagi manusia dan hidupan lain seperti haiwan dan tumbuhan, ia juga perlu untuk aktiviti perindustrian, sumber tenaga elektrik, perubatan dan lain-lain lagi. 

Air dan manusia

Hampir 70 % tubuh manusia terdiri dari air.
Manusia memerlukan air antara 1.5 liter  - 3 liter air sehari
Air untuk penghidratan
Air penting untuk metabolism tubuh
Memelihara keseimbangan cairan tubuh
Melancarkan proses pencernaan
Melarutkan dan membuang sisa metabolik dari ginjal


Bagi manusia, adalah penting untuk mendapatkan air bersih sebagai air minuman dan makanan. Di Malaysia, air permukaan merupakan sumber utama air mentah. Air hujan yang turun mengalir ke dalam sungai, kolam, tasik atau empangan binaan manusia. Air bersih merupakan air yang bebas dari mikroorganisme penyebab penyakit dan bahan-bahan kimia lain yang dapat memberi kesan terhadap kesihatan manusia. Akan tetapi, kebanyakan sumber air kita telah dicemari dengan sisa-sisa buangan domestik, perlombongan  dan perindsutrian. Pencemaran ini sudah tentunya akan menyebabkan perubahan ke atas kualiti air seperti struktur fizik, kimia dan mikrobiologinya.  

Justeru, air perlu di rawat dahulu sebelum diagihkan kepada pengguna. Air terawat yang disalurkan oleh pembekal air kepada pengguna adalah mengikuti piawaian WHO dan dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sudah tentu kebesihan dan tahap selamat kegunaannya di yakini. 

Proses rawatan air


Rawatan air merupakan proses membuang bahan cemar daripada air mentah bagi menghasilkan air yang selamat untuk digunakan manusia dari segi kimia dan bakteriologikal. Air juga perlu diterima dari segi estetiknya, bebas dari kekeruhan yang nyata, bau dan warna yang tidak menyenangkan. Loji rawatankonvensional meliputi proses-proses berikut:

1) Penyaringan
Pada permulaan, serpihan kayu, dedaun, tumbuhan akuatik dan bendasing yang terapung akan diasingkan melalui proses saringan. Selepas disaring, bahan terampai yang lebih padat akan dibuang dengan membenarkan air mengalir melalui kebuk yang mana ia akan mendap ke dasar.

2) Pengudaraan
Air mentah yang dipam dicampur dengan udara di ruang pengudaraan. Proses pengudaraan menghasilkan oksigen dari atmosfera bagi pengoksidaan besi dan mangan terlarut kepada bentuk tidak larut bagi tujuan menyingkirkannya. Proses ini juga membantu membuang rasa dan bau yang tidak menyenangkan.

3) Koagulasi dan Flokulasi 
Koagulan, lazimnya tawas ditambah bagi membentuk partikel mikroskopik di dalam air. Ia kemudiannya diadun dengan lembut bagi membolehkan partikel kecil di dalam air berlaga dan bergabung bagi membentuk kentalan yang boleh mendap.

4) Sedimentasi 
Kentalan dibenarkan mengalir melalui tangki sedimentasi seseragam yang mungkin untuk suatu tempoh yang cukup panjang untuk membolehkannya mendap. Air yang jernih akan dikumpulkan dari bahagian atas.
Bagi kentalan yang ringan, proses yang berbeza akan digunakan. Gelembung udara minit digunakan di dalam proses ini. Kentalan akan melekat pada gelembung udara dan terapung ke atas. Air jernih akan dikumpulkan dari dasar tangki. Proses ini dinamakan  Pengapungan Udara Terlarut.

5) Penapisan
Air yang telah mendap akan melalui penapis yang memerangkap partikel halus dan bakteria. Air yang bersih kemudiannya akan memasuki tangki air jernih. Penapis akan dicuci menggunakan kaedah backwash dengan kerap melalui kombinasi adunan udara dan air bagi memastikan kelancaran operasi.

6) Disinfeksi / Pelarasan pH
Air di dalam tangki jernih akan diinfeksi bagi menghapuskan mikroorganisma yang kekal di dalam air selepas proses penapisan. Klorin bergas atau kompaun klorin lazimnya digunakan untuk tujuan pembasmian kuman. Paras pH diselaraskan menggunakan kapur atau abu soda.

7) Tangki Air Jernih
Air yang telah dirawat akan dikumpul dan disimpan di dalam tangki air jernih bagi tujuan pengagihan.




Wednesday, 3 June 2015

BIO SELEZA FEMININE PAD.....TEMAN SEJATI WANITA

apa yang saya tahu..

hampir 90% tuala wanita di pasaran diperbuat daripada bahan petrokimia seperti plastik yang terhasil daripada minyak mentah dan sememangnya merupakan penyerap yang baik seperti polyacrylates, polypropylene dan polyethylene.

semasa proses pembuatan, klorin dioksida digunakan agar tuala wanita nampak ‘putih’ dan bersih. Walaupun proses tersebut secara teknikalnya "bebas klorin ", ia menghasilkan DIOKSIN sebagai hasil sampingan yang merbahaya.

tuala wanita dengan peneutral bau dan wangian mengandungi bahan kimia seperti poliester, pelekat, polietilena ( PET ), polypropylene dan propylene glycol ( PEG ). Bahan cemar ini dikaitkan dengan gangguan hormon , kanser, kecacatan kelahiran , kekeringan dan kemandulan.

apabila bahan kimia bersentuhan dengan kulit , ia diserap terus ke dalam aliran darah terus ke organ tubuh yang sangat sensitif tanpa sebarang tapisan.

sehelai tuala wanita biasa bersamaan hampir empat beg plastik dan mengandungi beberapa bahan kimia yang boleh mengganggu sistem endokrin dan risiko penyakit penyakit seperti  jantung dan kanser. 

elakkan memakai tuala wanita melebihi lima jam. Penggunaan tuala wanita dalam tempoh yang lama :
boleh menyebabkan risiko penyakit seperti kanser uterus dan buah pinggang.
ia boleh menyebabkan jangkitan kulat. Kulat mengubah warna darah kepada hijau dan itu menandakan pembiakan kulat. 



apa pilihan kita? 
ini bukan soal pilihan....ini satu kemestian !


~ BIO SELEZA FEMININE PAD ~

BIOVELOCITY  
sejenis tenaga tulen & semula jadi diperolehi terus daripada matahari, dapat menyeimbangkan medan elektromagnetik dalam badan manusia. 
*anti bakteria. 
*mengaktifkan sel-sel badan. 
*meningkatkan kadar metabolisme. 
*meningkatkan sistem pertahanan (imunisasi) badan. 
*membekalkan lebih banyak oksigen aktif.

SINAR INFRA MERAH JAUH      
(far infrared rays FIR)
tembus jauh ke dalam kulit dan memecahkan sel lemak.
*buang toksin.
*melancarkan peredaran darah.
*meningkatkan metabolisma tubuh.

ION NEGATIF & NANO PERAK (nano silver) 
*membunuh kuman & bakteria pada organ intim wanita. 
*mengurangkan bau.
*menyeimbangkan hormon.


BIO SELEZA untuk siapa ?

WANITA

- semasa haid & pantyliner untuk kegunaan harian. 
- yang mengalami :
SENGGUGUT (MENSTRUAL CRAMPS)
PERIOD TIDAK TERATUR
TIDAK PERIOD
KEPUTIHAN
ENDOMETRIOSIS
FIBROID/CYST
MASALAH LEMAH KAWALAN KENCING
LAIN-LAIN MASALAH WANITA

LELAKI

- membantu masalah :
ANGIN PASANG
BUASIR

KEGUNAAN LAIN

- letakkan dalam kasut - atasi lenguh kaki, nyah bau. 
- 'kool fever' semasa demam.
- koyok untuk sakit kepala dan melegakan sakit sementara.


saya kesah dengan kesihatan miss V saya. Anda?

Friday, 22 May 2015

TIDUR SAHAJA....INSYAALLAH SIHAT. DENGAN BIO VELOCITY SLEEP MATE !

Dah puas makan ubat, dah muak....dah kembang tekak nak telan ubat....tapi masih tak ok - ok lagi? Boleh jadi, ubat tak serasi dengan anda.

Jangan cepat putus asa! Setiap penyakit yang Allah turunkan....ada penawarnya. Tak semestinya dalam bentuk ubat-ubatan, terapi pun boleh dikatakan penawar juga.
Mungkin ini lah penawar yang anda cari.

BIO VELOCITY SLEEP MATE untuk :
1. stroke / lumpuh
2. gout
3. athma
4. darah tinggi
5. migrain
6. sengal badan
7. sakit sendi
8. rawatan anti kanser
9. insomnia / masalah tidur
10. thalasemia
11. masalah saraf
12. senggugut
13. tonsil
14. stress melampau
15. penyakit mistik
16. jaundice / sakit kuning
17. kencing manis
18. masalah paru - paru
19. batu karang

hubungi saya sekarang untuk mengetahui bagaimana tilam/selimut hebat ini dapat membantu anda !

Tuesday, 19 May 2015

HOW TO MAKE YOUR LOVED ONES SMILE


Bring back their precious priceless smiles.... Help them run again with BIO VELOCITY SLEEP MATE mattress. give them back their lives.

The time is NOW!

Monday, 11 May 2015

BE THE REASON


BIO VELOCITY SLEEP MATE CAN!

Sms/whatsapp 018.3526720
Email  : madamesaiful@gmail.com







BIO VELOCITY SLEEP MATE WORKS !


 
FREE CONSULTATION AT YOUR PLACE !

Sms/whatsapp 018.3526720
Email  : madamesaiful@gmail.com